Saluran YouTube Lee Min Ho bikin peminat teruja

- Advertisement -

Seoul: Selepas tiga hari melancarkan saluran YouTube miliknya dengan menggunakan pengenalan Leeminho Film, penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho sudah meraih lebih 106,000 pengikut.

Memetik laporan Soompi, Lee Min Ho sudah memuat naik video pertama iaitu bayangan filem terbitannya sendiri mengenai perjalanan kerjaya seni diceburi.

Bahkan, video pertama yang dimuat naik Lee Min Ho di saluran YouTube miliknya itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan.

Malah, kapsyen di video itu juga mendedahkan Lee Min Ho turut bertindak sebagai penerbit serta pengarah kreatif untuk filem berkenaan.

Rata-rata peminat pelakon drama The Legend Of The Blue Sea dan The King: Eternal Monarch ini meluahkan rasa teruja ingin menonton episod pertama ‘Movielog Ep.1’ di saluran YouTube berkenaan.

 

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat