Kakitangan parlimen dijangkiti Covid-19, Dewan Rakyat ditangguh hingga esok

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada hari ini sehingga pukul pada 1 petang, dan bersambung semula pada pukul 10 pagi, Selasa.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan pada pukul 12 tengah hari di Dewan Rakyat.

Jelas Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) itu, keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat tergempar diadakan bersama 11 Ahli Parlimen dan wakil Ketua Pengarah Kesihatan bagi usaha untuk mengekang pandemik COVID-19.

Menurut Takiyuddin, usul tersebut ekoran penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangan Dewan Negara.

Katanya, langkah tersebut dibuat berdasarkan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 12 (1).

“Mesyuarat ambil satu ketetapan norma baharu berhubung persidangan berdasarkan faktor berkenaan dengan syarat apa-apa yang dilakukan tidak jejas hak Ahli Parlimen untuk bertanya dan berbahas.

“Kedua Parlimen akan kendali satu tatacara pentadbiran dengan mencatatkan kehadain Ahli Parlimen ke dalam Dewan,” katanya dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat