KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden menambah satu lagi himpunan yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu ini iaitu Himpunan Solidariti Sumud yang akan bersekali dengan Himpunan Bantah URA.
Afnan Hamimi berkata, ini mengambil kira perkembangan terkini tangkapan tentera zionis Israel terhadap peserta Sumud Flotila, maka Pemuda Pas mengambil inisiatif menganjurkan Himpunan Solidariti Sumud.
“Ketetapan yang direncanakan seperti berikiut – Pra-Himpunan Solidariti Sumud- Jumaat, 3 Oktober 2025, jam 2.30 petang, berarak dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur ke hadapan Kedutaan US.
“Himpunan Solidariti Sumud -Sabtu, 4 Oktober 2025, jam 3 petang, lokasi- Dataran SOGO, Kuala Lumpur (bersekali dengan Himpunan Bantah URA seperti yang telah ditetapkan sebelum ini).
“Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum, dan pendirian politik, adalah dijemput menyertai Himpunan Solidariti Sumud ini, demi menyatakan bantahan kita kepada tindakan rejim zionis Israel dan sokongan kepada peserta Sumud Nusantara khasnya dari Malaysia yang telah ditahan oleh tentera Zionis Isreal.
“Sang celaka Israel semakin melampau! Kita perlu bertindak beri mesej yang serius kepada dunia,” katanya sambil melaungkan hancur Israel.



