Malaysia Tidak Gentar Lawan Indonesia Di Kelayakan Piala Asia B17

- Advertisement -

CYBERJAYA – Malaysia tidak gentar dalam menghadapi Indonesia di kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B17) 2023 yang akan berlangsung di Stadium Pakansari, Bogor, lapor portal berita Kompas.

“Timnas U17 Malaysia sudah siap tampil di Kualifikasi Piala Asia U17. Mereka tak gentar tampil di kandang lawan,” kata laporan itu.

Malaysia bakal berdepan laluan berliku apabila ditempatkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Indonesia yang mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri.

Tiga pasukan lain yang turut berada dalam kumpulan sama ialah Palestin, Guam dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

Namun, dalam perlawanan pertama petang semalam, pasukan Harimau Malaya bermula garang apabila berjaya menewaskan Palestin 4 – 0, sekaligus mengungguli tangga teratas kumpulan B dengan mengumpul tiga mata.

Cabaran seterusnya pada 5 Oktober nanti, Harimau Malaya dijadualkan menentang Guam diikuti dua hari kemudiannya bertemu UAE, di stadium yang sama.

Terakhir, Malaysia akan bertanding melawan Indonesia pada 9 Oktober, yang dijangka bakal menarik perhatian ramai peminat bola sepak.

Dalam pada itu, jurulatih Malaysia, Osmera bin Omaro berharap pasukannya akan tampil konsisten sehingga perlawanan terakhir.

“Kami mahu pemain tidak terlalu tertekan. Kami mensasarkan untuk tampil bermain dengan baik sampai pertandingan terakhir,” kata Osmera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat