PRU-15: MKT Umno Setuju Letak 30 Peratus Calon Wanita – Ahmad Maslan

- Advertisement -

PONTIAN: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju meletakkan 30 peratus calon dikalangan wanita pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut kenyataan media Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, takrifan calon wanita termasuklah calon wanita UMNO, calon Puteri, calon wanita parti komponen dan calon wanita yang berjawatan dalam bahagian.

Beliau bercakap kepada media selepas Karnival Ayuh Cergas peringkat daerah, anjuran Hospital Pontian pada pagi 2/10/22 di Dewan Jubli Intan, Pontian.

”Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada Jumaat 30/9/22 telah membincangkan antara lain mengenai agenda pemerkasaan wanita yang dibawa oleh Wanita UMNO Malaysia.

“Majlis Kerja Tertinggi telah bersetuju untuk meletakkan 30 peratus calon wanita dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Takrifan calon wanita termasuklah calon wanita UMNO, calon Puteri, calon wanita parti komponen dan calon wanita yang berjawatan dalam bahagian. Ketika PRN Johor, sebanyak 25% calon adalah wanita seperti kategori yang dinyatakan.” Kata beliau.

Jelasnya lagi, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kesetiaan, kemampuan dan peranan besar yang dilaksanakan oleh wanita sebagai tulang belakang parti selama ini.

UMNO akan terus menjadi parti tunjang dalam mengarusperdanakan kepimpinan wanita sebagai pembuat keputusan baik dalam politik, kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ujar Ahmad lagi.

Terdahulu, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019, UMNO telah meminda perlembagaan parti Fasal 9.2.2 di mana Ketua Wanita UMNO Malaysia diangkat, bertaraf Timbalan Presiden UMNO.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Dr Iszaid Idris, Pengarah Hospital Pontian, YB Hjh Hasrunizah Hasan ADUN Pulai Sebatang, YB Datuk Jefridin Atan ADUN Kukup dan YB Datuk Tan Eng Meng ADUN Pekan Nanas.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat