Tangguh Sesi Pendaftaran: Syarikat Penerbangan Setuju Jadual Semula Penerbangan Pelajar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini mencadangkan semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar menangguhkan sementara pendaftaran pelajar lama dan baharu masing-masing.

Ini berikutan kebimbangan masyarakat dan ibubapa berkaitan peningkatan kes Covid-19 yang sedang berlaku di negara kita – selang beberapa hari dari tarikh kemasukan pelajar ke universiti.

Seperti dipetik dari kenyataan tersebut, KPT menyatakan, “keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar yang terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak”.

Bagi pelajar-pelajar yang telah membeli tiket penerbangan, KPT telah berbincang dengan semua syarikat penerbangan terbabit dan mereka bersetuju menjadualkan semula penerbangan pelajar yang terlibat sehingga 31 Disember 2020.

Sementara pelajar yang telah berada di kampus dan menjalankan aktiviti akademik, mereka boleh berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini, kata kenyataan tersebut.

Pelajar-pelajar juga diminta merujuk ke IPT masing-masing berkaitan pergerakan balik ke kampus serta hal berkaitan sesi pembelajaran dan pembelajaran mereka.

Keprihatinan dan kepekaan daripada semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan masyarakat amat diperlukan dalam menghadapi situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19 ini, jelas KPT di akhir kenyataan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat