‘Saya dilayan dengan baik’ – Shuib Sepahtu

- Advertisement -

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia dan isteri yang juga penyanyi Siti Sarah selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semalam.

Shuib berkata, dia dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam siasatan,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Shuib, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dalam menjalankan perniagaan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang,” katanya.

Sementara itu, Sarah yang menemani suaminya semalam menjelaskan, dia dan suami sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi, semalam.

Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat