Sokong PN Sekarang, Tinggalkan Bila Tiba PRU – Nazri Aziz

- Advertisement -

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Nazri Abdul Aziz berpendapat UMNO perlu menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi membantu memerangi Covid-19 namun perlu meninggalkan Perikatan Nasional (PN) apabila Parlimen dibubarkan.

“Sekarang ini kita sokong kerajaan untuk memerangi Covid-19. Kesihatan orang ramai adalah penting jadi kita harus sokong (kerajaan) sekarang. Kita hanya dengan PN dalam kerajaan (bukan pilihan raya umum),” katanya kepada portal berita Malaysiakini.

Nazri berpendapat apa yang berlaku di Sabah boleh berlaku semula pada PRU15 sekiranya Umno masih kekal dalam Perikatan Nasional.

“Kerusi Bersatu dulu adalah kerusi Umno. Mari PRU15 nanti, kita mungkin harus menyerahkan semua kerusi ini kepada Bersatu. Ini akan merugikan Umno,” katanya.

Seramai 15 anggota parlimen Bersatu pada masa ini merupakan mereka yang bertanding atas tiket Umno-BN pada PRU 2018 sebelum menyertai Bersatu.

Umno menegaskan parti itu mahu bertanding di semua kerusi yang dimenanginya pada PRU 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat