RM2 Bilion Disediakan Bagi Menjamin Keselamatan Makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF) yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM500 juta menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Suntikan peruntukan tambahan ini bertujuan bagi menyediakan akses pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan
pengeluaran agromakanan negara dan untuk eksport.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kemudahan yang disediakan bagi perbelanjaan modal, pembangunan projek agromakanan dan modal kerja dengan had pembiayaan sebanyak RM5 juta ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.75 peratus setahun bersama tempoh pembiayaan sehingga 8 tahun.

“Setakat 6 Julai 2022, terdapat 2,892 (3,020 sebelumnya) permohonan di mana 2,268 permohonan telah berjaya diluluskan bernilai RM1.784 bilion,” katanya
dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-109 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Beliau berkata, seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan akan terus memacu pemodenan sektor pertanian dalam usaha untuk meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan serta menjana pendapatan lebih tinggi dan menarik lebih ramai generasi muda agropreneur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat