PAS tak terdesak bersama UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS tidak terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut Mursyidul Am parti itu, Datuk Hashim Jasin berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bergerak sendirian sekiranya kedua-dua parti berkenaan tidak bergabung.

“Ya (jika terdesak) ertinya tak boleh hidup tanpa dia (UMNO) sedangkan kita sudah sampai sehingga sekarang dari 1951. Macam-macam kita lalui. Tekanan apa semua. Kami seronok, kami berpakat untuk MN (Muafakat Nasional). Kita lalui semua.

“Maka, nak kata PAS terdesak? PAS tidak terdesak sebab kita ada tempat bergantung dengan berpandukan al-Quran, sunnah dan syarak. Bila perpandukan itu kita jadi tenang, kalau kalah pun tak apa, menang.. lagilah,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Selain itu, Hashim juga berkata, PAS bersedia untuk menjadi orang tengah bagi memulihkan hubungan antara UMNO dan Bersatu yang didakwa ia antara punca MN gini goyah.

Katanya, demi perpaduan ummah, beliau berharap ada segelintir pimpinan UMNO dibukakan hati untuk bersama PAS demi mencapai agenda yang pernah dirancang bersama.

“Demi perpaduan ummah, kalau ada dua golongan mukmin bergaduh hendaklah kamu damaikan. Berkaitan UMNO dengan Bersatu mungkin kita buka pintu, kita ajak dan kita tak tutup.

“Bukan semua pimpinan UMNO menolak (penyatuan ummah). Jadi kita berharap ada sebahagiannya dibuka pintu hati mereka dan kita balik kepada agenda perpaduan ummah kita,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat