Ramai peminat ‘frust’, bila tahu Ikmal nak kahwin

- Advertisement -

PELAKON Ikmal Amry mendedahkan ada sebahagian peminatnya yang patah hati selepas dia mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Disember ini.

Ikmal berkata, biarpun ada peminat yang tumpang gembira dengan pengumuman dibuatnya itu,  namun ada juga pihak yang bertindak mamadam fotonya di akaun media sosial mereka.

“Sebaik saya membuat pengumuman akan berkahwin tahun ini dan berkongsi wajah tunang di Instagram, ada peminat yang menyambut baik berita itu.

“Namun tak kurang juga yang patah hati dan menangis-menangis sehingga padam foto saya di Instagram serta ada yang membuat status di Twitter kerana tidak boleh terima” katanya.

Menurut Ikmal, dia juga perasan jumlah pengikutnya di media sosial semakin berkurangan susulan pengumuman mengenai ikatannpertunangan dengan personaliti media sosial dikenali, Najla Samshul.

“Hampir setiap hari saya kehilangan pengikut di media sosial disebabkan mereka tahu saya sudah bertunang.

“Mereka tahu saya tidak akan bersama dengan mereka. Ada peminat yang obses, dengan mengatakan saya tak boleh bersama dengan sesiapa gara-gara watak sebagai Ray dalam drama Gantung.

“Namun saya cuba terangkan keadaan apabila berkongsi foto pelakon Randy Pangalila (yang turut berlakon dalam drama itu) kini dah berkahwin, mengapa saya tak boleh?,” katanya.

Terdahulu, Ikmal membuat pengumuman tarikh dia akan bernikah dengan Najla yang dijangka berlangsung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat