Jemput tuan-tuan dan puan-puan – Ali Puteh

- Advertisement -

PELAWAK Ali Puteh berkongsi gambar alamat rumah daripada MyKad miliknya di Instagram bagi memudahkan warganet yang ingin bersemuka bagi membincangkan isu yang membelenggu keluarganya sejak kematian abang, Allahyarham Abam Bocey.

Menurutnya, dia bukan mahu menunjukkan bahawa dia kuat atau hebat, sebaliknya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan membuat perbincangan.

“Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram. Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman.

“Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang,” katanya kepada Harian Metro.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia bukan ingin menunjukkan bahawa dirinya hebat sebaliknya ingin menjelaskan situasi yang berlaku.

“Saya bukan nak tunjuk saya hebat atau kuat, tapi saya tak mahu orang cakap, saya putar belit. Jadi, biar jumpa secara bersemuka,” katanya.

Ali juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut di Instagram yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya.

“Ada antara pengikut saya yang tak henti-henti menulis mesej dan memberikan kata semangat . Sedikit sebanyak, itu yang menjadi kekuatan untuk saya,” katanya.

Di Instagram, gambar alamat dari MyKad yang kongsikan Ali sejak semalam itu, menerima hampir 2,500 ‘like’ dan hampir 1,500 komen daripada warganet.

Ali sebelum ini menyaman balas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali selepas beberapa saman difailkan oleh Hidayah terhadap dia serta ibunya, Sabariah Arshad.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat