Lelaki Maut Jatuh Dalam Lubang Lif Flat Seri Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang lif di Flat Seri Sabah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian disedari oleh penduduk selepas mendapati lif berkenaan tidak berfungsi.

“Penduduk kemudiannya menghubungi pihak penyelenggara lif berkenaan selepas ia didapati tidak berfungsi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Selepas 30 minit, pihak penyelenggara tiba dan membuka pintu lif berkenaan dan menemui mayat seorang lelaki di atas bumbung lif itu sebelum menghubungi pihak polis ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, pemeriksaan ke atas mayat lelaki tempatan berusia 50 tahun itu telah menemui kesan lebam di bahagian muka dipercayai akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelas beliau.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi kejadian mendapati lif di flat 17 tingkat itu ditutup bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat