Harry, isteri terus memperingati kematian Diana

- Advertisement -
Agensi

SEMPENA memperingati ulang tahun kematian Puteri Diana, anaknya, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle membuat lawatan untuk memberi sumbangan kepada sebuah badan amal, Assiatance League of Los Angeles di Los Angeles, Isnin lalu.

Badan amal yang dikunjungi mereka adalah pihak yang bertanggungjawab membantu kanak-kanak miskin di kawasan itu.

Sumber daripada badan amal itu menerusi Instagram mereka berkata, kehadiran pasangan diraja terbabit memberi kejutan buat kanak-kanak prasekolah di bawah kelolaan badan amal berkenaan.

“Kanak-kanak yang belajar di Pusat Pembelajaran Prasekolah kami terkejut dengan kehadiran Duke dan Duchess of Sussex semalam!

“Selain membantu kanak-kanak ini menanam pokok di taman, mereka juga meluangkan masa menikmati alam sekitar bersama dan berkongsi mengenai kepentingan pemakanan sihat,” tulis badan amal itu di Instagram.

Tidak hadir dengan tangan kosong, Harry turut membawa dan menanam benih bunga Forget-Me-Not atau nama saintifiknya Myosotis yang menjadi bunga kegemaran mendiang ibunya.

Puteri Diana meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997.

Harry dan Meghan sebelum ini mengumumkan ingin keluar daripada kedudukan mereka sebagai kerabat diraja pada Mac lalu dan kini mendedikasikan kehidupan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat di California.

Pasangan itu kini menetap di rumah agam  yang terletak di Montecito, California bernilai USD14.65 juta (RM60.8 juta) bersama anak mereka, Archie, yang kini berusia 15 bulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat