Iktiraf bakat muda

- Advertisement -

TELEFILEM komedi Ceria, SMK: Raya Dekat Jauh berjaya mengungguli gelaran Best Quarantine-Themed Drama / Feature / Programme di Anugerah ContentAsia mengalahkan pesaingnya dari Taiwan, Unlocked, baru-baru ini.

Ia juga satu-satunya anugerah yang dimenangi Malaysia di Anugerah ContentAsia.

SMK: Raya Dekat Jauh yang juga telefilem dari siri komedi Astro Ceria memfokuskan kepada gelagat melucukan sekumpulan remaja menghadapi pelbagai situasi di sekolah mereka.

Ia menampilkan bakat-bakat muda tanah air termasuklah Wafiy A’an, Fikry Kiki, Rykarl Iskandar, Mia Sara Nasuha, Erissa Puteri, Kashika Selvam, Arena Wan, Idan Aedan dan Aniq Iffat.

SMK : Raya Dekat Jauh juga adalah telefilem pertama di Malaysia yang dirakamkan dari jarak jauh dalam tempoh enam hari keseluruhannya.

Semua pelakon yang berusia antara 12 hingga 20 tahun merakam sendiri semua adegan mereka dengan menggunakan telefon bimbit dengan bimbingan pengarah Shamyl Othman menerusi panggilan secara maya.

 

 

Ia secara tidak langsung menyaksikan pelakon itu turut memainkan peranan sebagai sinematografer, pencahayaan, audio, tatarias dan solekan, dengan bantuan daripada ahli keluarga mereka di rumah.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, mereka sentiasa mengambil inisiatif untuk mengkaji pelbagai kaedah inovatif untuk menghiburkan pelanggan.

“Ketika kandungan berdasarkan skrin mempunyai permintaan tinggi kerana ketidakmampuan penonton untuk keluar rumah ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu, kami memanfaatkan keadaan getir itu dengan membuat rakaman telefilem pertama dari jarak jauh kami. Kami amat teruja dan berterima kasih kepada ContentAsia atas penghormatan dan pengiktirafan ini serta akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan kami.”

SMK: Raya Dekat Jauh boleh disaksikan melalui aplikasi Astro GO, manakala musim kedua SMK akan bermula pada 7 Oktober ini, jam 9 malam di saluran Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631).

Anugerah ContentAsia adalah acara pengiktirafan bagi kandungan terbaik di seluruh Asia. Majlis anugerah ini ditayangkan secara langsung menerusi Facebook rasmi ContentAsia pada 28 Ogos lalu.

 

ANTARA babak yang dirakamkan sendiri pelakon dengan bimbingan pengarah secara maya.
ANTARA babak yang dirakamkan sendiri pelakon dengan bimbingan pengarah secara maya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat