Bakat serlah kredibiliti Beto

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Budaya penerbit dan stesen televisyen (TV) memilih pelakon berikutan jumlah pengikut dalam laman sosial bukanlah perkara baru.

Aktor berbakat besar, Beto Kusyairy, 39, sudah melihat budaya tidak sihat berkenaan wujud dalam industri hiburan sejak kewujudan laman sosial.

“Mahu atau tidak, saya kena terima walaupun tidak bersetuju. Itulah yang terjadi kerana ia sudah menjadi satu budaya di Malaysia. Cuma, saya mengharapkan perubahan dan budaya ini tidak akan berkekalan.

“Apabila menggunakan populariti semata-mata, sesuatu karya akan ditonton, tetapi tidak melekat di hati. Memang beroleh keuntungan besar disebabkan ramai pengikut menyokong. Bagaimanapun, sesuatu naskhah yang berlandaskan populariti tidak akan melekat di hati,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Beto berkata, budaya yang mementingkan jumlah pengikut, rating, trending dan sebagainya tak pernah menjadi isu besar buatnya. Rezeki jumlah pengikut dalam laman sosial tidak menjadi isu pada pemain industri.

“Saya bersyukur peluang yang ditawarkan bukan disebabkan jumlah pengikut, sebaliknya rezeki yang diberi disebabkan kemampuan dan kredibiliti.

“Saya tak pernah anggap kurang atau banyak pengikut adalah satu isu. Mungkin daripada sudut itu, saya bernasib baik, Saya bukan seperti rakan pelakon lain yang ditolak kerana pengikutnya sedikit.

“Alhamdulillah, saya diadili menerusi bakat dan itu yang sepatutnya diteruskan. Dan, saya harap perkara ini akan membuka mata mereka yang semata-mata mengejar populariti,” katanya.

Tegas Beto lagi, pelakon berbakat masih wujud biarpun ia dalam kelompok minoriti. Justeru, dia berharap golongan ini boleh menjadi momentum untuk mengubah budaya yang tidak sihat itu.

 

Beto Kusyairy bergandingan dengan Azhan Rani, Achey dan Farah Ahmad dalam filem Frontliner yang disiarkan menerusi Astro First. - Foto IG Beto Kusyairy
Beto Kusyairy bergandingan dengan Azhan Rani, Achey dan Farah Ahmad dalam filem Frontliner yang disiarkan menerusi Astro First. – Foto IG Beto Kusyairy

Beto ditemui pada sidang media filem televisyen, Frontliner di pusat beli belah Publika, baru-baru ini.

Membawakan watak sebagai pegawai polis, Inspektor Zul menerusi naskhah terbitan syarikat produksi D’Alphalegacy Sdn Bhd itu, Beto cuba mendalami kepayahan pasukan barisan hadapan yang bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

“Apa yang kami cuba sampaikan menerusi filem Frontliner adalah permasalahan di sebalik tabir membabitkan isu kemanusiaan.

“Sebenarnya anggota badan beruniform ini sama seperti kita, ada tanggungjawab dan mempunyai isu membabitkan keluarga, cuma tahu atau tidak sahaja.

“Saya juga berdepan dengan isu sama ketika PKP dan saya cuba sampaikan secara adil menerusi pengalaman dalam filem ini. Ia lebih mudah dijiwai kerana kita semua sendiri menghadapinya,” katanya.

Frontliner adalah naskhah yang diinspirasi menerusi kisah benar pengorbanan dan konflik dalaman wira barisan hadapan yang menjadi pejuang benteng utama dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

Filem sentuhan penulis skrip A’minahtul Marrdiah dan diarahkan oleh sutradara, Razif Ajiboy Rashid itu bakal bersiaran menerusi platform Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober ini.

Selain Beto, antara pelakon lain yang turut membintangi filem Frontliner termasuklah Azhan Rani, Wan Maimunah, Farah Ahmad, Achey, Ashraf Muslim, Meerqeen dan ramai lagi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat