Dewan Negara Dapat Yang Dipertua Baru Hari Ini

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KUALA LUMPUR – Selepas sidang Dewan Rakyat menutup ‘gelanggang’ pada 27 Ogos lalu, esok (hari ini) giliran Dewan Negara pula bersidang sehingga 23 Sept ini.

Tumpuan pada hari pertama persidangan dijangka terarah kepada siapa yang bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 menggantikan Tan Sri S.A. Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu.

Mengikut Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Negara, apabila jawatan Yang Dipertua kosong, maka Majlis sebaik-baik cukup bilang Ahlinya, hendaklah memilih Yang Dipertua.

Sekiranya terdapat lebih satu nama, undian harus dilakukan sehingga seorang calon mendapat undi lebih berbanding undi calon atau jumlah undi calon-calon lain.

Selepas pemilihan itu, speaker dan empat Ahli Dewan Negara baharu iaitu Mohamad Apandi Mohamad (lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan), Datuk Seri S. Vell Paari (lantikan Yang di-Pertuan Agong) serta Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz (lantikan DUN Kedah) dijadualkan mengangkat sumpah.

Majlis angkat sumpah akan diadakan pada 9.45 pagi di Dewan Negara, Blok Utama, Parlimen selepas urusan pemilihan speaker selesai.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa, persidangan kali ini juga dijangka diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ia termasuk pemakaian pelitup muka, penyediaan dan penggunaan cecair pembasmi kuman serta penjarakan fizikal satu meter antara tempat duduk semasa persidangan berlangsung seperti yang diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Persidangan kali ini dijangka membahaskan 10 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan Dewan Rakyat yang bersidang sebelum ini.

Ia termasuk tiga rang undang-undang berkaitan pandemik COVID-19 iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

Covid-19: Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPD Bersasar

KUALA LUMPUR — Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat...