Parti Pejuang Belum Edar Borang Keahlian – Mukhriz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Urusetia Penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak pernah mengedar borang untuk menerima permohonan keahlian parti.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, orang ramai yang berminat menyertai parti itu sebagai ahli boleh mendapatkan Borang Tunjuk Minat yang akan dipaparkan secara online tidak lama lagi.

“Setakat ini, kita belum edar apa-apa jenis borang keahlian kerana hendak mematuhi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang sedang memproses permohonan pendaftaran Pejuang.

“Walaupun begitu, oleh kerana ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara online untuk mengumpul butiran pemohon.

“Setelah parti didaftar secara rasmi, butiran itu akan diambil kira sebagai permohonan untuk menjadi ahli parti,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, apa sahaja borang lain yang diedarkan, baik secara secara hardcopy mahupun online tidak dikeluarkan oleh Urusetia Penubuhan Parti Pejuang dan tidak diiktiraf sebagai borang rasmi.

Kata Mukhriz, yang berminat menjadi ahli Pejuang hanya boleh berurusan secara langsung dengan Urusetia Penubuhan dan menunggu borang online yang akan disiarkan dalam tempoh terdekat ini. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat