DBKL sita barangan penjaja halang laluan awam di Lembah Pantai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan milik tiga penjaja yang menghalang tempat awam di sekitar Jalan Pantai Dalam, semalam.

DBKL dalam kenyataannya berkata, operasi itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan serta Pejabat DBKL Lembah Pantai.

“Dalam operasi itu, penjaja dikenakan tindakan penguatkuasaan sita serta merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan pindah halangan dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Katanya lagi, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat