‘Kena tahu tanggungjawab’ – Ramli Sarip

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Ramli Sarip menjelaskan agak sukar menghakimi penggunaan ayat dalam sesebuah lagu sama ada betul atau salah.

Menurutnya, sejujurnya dia sendiri kurang arif dalam bab ini, namun tetap melakukan rujukan sebelum menghasilkan lagu seperti dilakukan untuk album Kalam Kesturi.

“Saya ingat ejaannya Kasturi tapi apabila semak ejaan jadi Kesturi. Kita dah berumur dan ada juga pengaruh serba sedikit.

“Jadi kalau kita kena buat benda yang terasa seimbang dengan apa yang diperjuangkan, tentunya ialah bahasa.

“Kadang-kadang nak cakap benda kreatif kalau kita dengar bahasa lain dan kaji balik, kita tak tahu apa rahsia yang nak diceritakan sebenarnya,” katanya.

Ramli yang ditemui di Villa d’ Acqua, Masjid Tanah, Melaka pada Sabtu lalu berkata, lirik lagunya juga mempunyai bahasa yang berunsur metafora.

“Seperti lirik andai kasturi hilang harum, mawar tak berkuntum, cinta tak bersambung. Orang pun susah nak tafsirkan.

“Begitu juga lirik zikir zaman nyanyian zaman. Pada saya perbincangan ini ialah keterbukaan yang sihat dan yang boleh diterima, boleh dihujah dan benda itu logik.

“Kalau dah terlalu ke laut tak bolehlah. Kadangkala benda sikit sahaja jadi isu.

“Memang orang nak tahu sebab apa? Kadang-kadang ia boleh jadi hiburan murahan dan benda ringan,” katanya ketika melancarkan Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim.

Ditanya polemik penggunaan ayat denyut atau degup dalam lagu trending Casablanca, Ramli berkata, ia terpulanglah kepada pemahaman dan keterbukaan masyarakat.

“Saya rasa dua-duanya boleh diguna pakai asal kita tahu tanggungjawab. Kita nak kena bertanggungjawab. “Orang tanya awak, kalau awak boleh jawab, awak jawablah. Yang penting bila orang tanya boleh jawab,” katanya.

Pada hari yang sama, Ramli turut mengadakan konsert Upclose & Personal sempena pelancaran Malacca Music Hall di lokasi terbabit.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat