Anggaran Kos MRT 3 RM50.2 Bilion

KUALA LUMPUR – Kos keseluruhan pelaksanaan Projek Mass Rapid Transit Laluan 3 (MRT3) berjumlah RM50.2 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz memperincikan pecahan kos yakni kos pembinaan RM34.3 bilion; kos perolehan tanah RM8.4 bilion.

Manakala katanya, kos pengurusan projek membabitkan RM5.6 bilion dan lain-lain kos berjumlah RM1.9 bilion menjadikan keseluruhan RM50.2 bilion.

“Walau bagaimanapun, kos keseluruhan projek akan dimuktamadkan
selepas proses tender terbuka selesai,” kata Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada Selasa.

Jelas beliau, kerajaan pada 4 Mac 2022 telah bersetuju dengan pelaksanaan MRT 3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu milk dan cekap untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.

“Cadangan laluan MRT 3 ini adalah sekitar 51 km dan mempunyai
31 buah steen yang di mana 10 daripadanya akan menjadi stesen
pertukaran dengan lapan laluan rel sedia ada di Lembah Klang,” jelasnya.