Kesihatan Awam, Ekonomi, Kesejahteraan Individu Akan Dititikberatkan Depani Cabaran Pandemik – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam mendepani cabaran Covid-19, aspek kesihatan awam, ekonomi dan Kesejahteraan Individu merupakan keutamaan dan akan dititikberatkan dalam perancangan masa hadapan.

Menurutnya lagi, pandemik Covid-19 yang berlarutan semenjak 2020 sehingga kini telah menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan individu.

Jelas beliau, Inilah yang akan turut diberi penekanan dalam perancangan ke hadapan kita yang  berteraskan Pelan Pemulihan Negara, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Greater Klang Valley Task Force.

“Mengimbangi antara kesihatan awam dan ekonomi merupakan keutamaan sejak dari awal dalam berdepan cabaran #COVID19.

“Namun pandemik yang berlarutan juga berisiko menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan individu.” katanya.

Ujar Hishammuddin lagi, negara sudah berhadapan ‘lockdown’ (PKP) terlalu panjang, penting bagi kita memberi pertimbangan terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan individu.

“Mulai sekarang, kerajaan akan mengimbangi keperluan kesihatan awam, eknonomi negara dan kesejahteraan individu.” kata beliau. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat