Website ‘Katak Sabah’, Jejak Ahli Politik Suka Lompat

- Advertisement -

Cyberjaya – Sebuah website ‘Katak Sabah’ telah diwujudkan oleh sekumpulan rakyat negeri itu bertujuan untuk merekodkan semua aktiviti lompat yang dilakukan.

Menurut pengendali website tersebut, mereka menolak tindakan lompat parti yang dilakukan oleh wakil rakyat mereka.

“Website ini untuk makluman dan mengingati semua rakyat Sabah mengenai ahli politik yang tidak berhenti melompat.

“Kami merupakan kumpulan yamg berbangga menjadi anak rakyat Sabah, namun kami tidak berbangga dengan ahli politik yang suka melompat.

“Kami mahu website ini dijadikan sebagai rujukan dan aktiviti lompat yang dilakukan oleh ahli politik Sabah bagi menilai kejujuran dan maruah terutama sekali ketika tiba pilihanraya,” memetik kenyataan di laman website tersebut.

Tinjauan yang dilakukan SuaraTV mendapati, sehingga kini seramai 31 wakil rakyat telah direkodkan sebagai Katak Sabah oleh website tersebut.

Sementara itu Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata tahta ‘Raja Katak’ kini menjadi rebutan.

“Saya sendiri pernah bertukar parti atas sebab-sebab peribadi dan disingkir tapi secara individu yang langsung tidak mengugat kerajaan yang dipilih rakyat.

“Saya digelar katak dan dicemuh manakala kini bukan lagi lompat katak tapi lompat beruk cari buah dari pokok ke pokok. Pelik tapi benar.

“Mereka yang pernah menghina saya lompat parti mutakhir ini bertukar parti atau melompat lebih dua tiga parti tanpa segan silu ibarat kata dulang paku serpih. Takhta ‘Raja Katak’ kini menjadi rebutan begitu hebat sekali,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Menurut rekod, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei selepas memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tetapi hilang majoriti beberapa hari selepas itu apabila beberapa anggota Dewan Undangan Negeri daripada partinya (UMNO) dan dari parti komponen Barisan Nasional (UPKO) melompat parti untuk memberi sokongan kepada Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Seterusnya Sabtu lalu, Musa mengadakan sidang akhbar mengumumkan mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi membentuk kerajaan baharu mengantikan Parti Warisan Sabah.

Mohd Shafie kemudiannya mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) keesokan harinya setelah mendapat perakuan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat