Perkasa Bantah Perlantikan Ambiga Sebagai Pengerusi SPR

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan membantah keras perlantikan Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata sekiranya benar ura-ura tersebut beliau akan mengumumkan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Benarkah perletakan jawatannya adalah protes atas cadangan Kerajaan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mahu melantik Ambiga pejuang LGBT sebagai Pengerusi SPR yg baharu?

“Kalau benar dan sebaik sahaja Ambiga dilantik, saya dan mungkin Perkasa umum tidak akan menyokong kepimpinan TSMY,” katanya melalui kemaskini di laman Facebook.

Menurut Syed Hassan, pihaknya dimaklumkan ia merupakan punca Datuk Seri Ramlan Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ahli SPR kerana membantah cadangan kerajaan untuk melantik Ambiga untuk mengisi kekosongan jawatan Pengerusi.

SPR Putrajaya semalam mengumumkan peletakan jawatan Ramlan sebagai ahli suruhanjaya itu berkuatkuasa serta merta.

Kenyataan ringkas Unit Komunikasi Korporat SPR itu menyatakan, peletakan jawatan itu mendapat perkenan yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kerusi Pengerusi SPR kini kosong berikutan penyandangnya, Datuk Azizan Azhar Harun meletak jawatan dan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Seterusnya Syed Hassan menegaskan Perkasa tidak dapat menerima sekiranya benar jawatan tersebut diberikan kepada kepada pejuang LGBT yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

“Sudah tiada tokoh Melayu yang lain lagikah?

“Saya percaya semua NGO Islam dan Melayu menentangnya sama sekali. Perjuangan sebuah kerajaan Melayu hanya retorik sahaja jika lantikan ini menjadi kenyataan,” tegasnya lagi.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perlantikan jawatan Pengerusi SPR itu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat