Kerajaan Negeri Sabah perlu tumpu isu Laut China Selatan – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kerajaan Negeri Sabah perlu memainkan peranan dalam menyuarakan isu kedaulatan perairan Laut China Selatan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar berkata, sekiranya isu ini tidak dibincang dan diselesaikan akan memberi impak kepada hala tuju politik di negeri ini.

“Isu persempadanan ini sebetulnya bukan kuasa Kerajaan Negeri, tetapi seharusnya pemimpin dalam Kerajaan Negeri menyuarakan bantahan ini secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan supaya memberi sokongan kuat lwalaupun pada hakikatnya Kementerian Luar kita, Kementerian Pertahanan kita telah melakukan yang terbaik untuk memelihara keselamatan di sempanan negara supaya tak diceroboh mana mana pihak.

“Politik tidak akan berjalan jika isu Laut China Selatan tidak terjamin keselamatannya,” katanya.

Ketua Umno Sabah itu juga menjelaskan bahawa negara luar turut menunjukkan minat berkaitan isu terbabit apabila sebelum ini Filipina dan Vietnam menandatangani perjanjian mengenai pencegahan dan pengurusan insiden di Laut China Selatan.

“Laut China Selatan ini ia menjadi isu pelbagai negara bukan sahaja China, tetapi Filipina, Vietnam berminat, Indonesia berminat, jadi saya dimaklum oleh menteri luar ianya perlu dipertahan dengan menggunakan kuasa Asian untuk mempertahan Laut China Selatan.

“Berbalik kepada tadi apabila menumpu banyak kepada politik, maka kerajaan negeri tersilap untuk mengetengahkan isu sebegini sebab politik tak akan berjalan sekiranya laut china selatan di kawasan sabah tidak terjamin keselamatannya,” katanya.

Dalam wawancara bersama Suara TV baru baru ini, beliau menegaskan keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan beliau akan membawa isu keselamatan Laut China Selatan ini ke Dewan Rakyat.

“Setelah mendapat penjelasan minggu lalu dari Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan memang saya puas hati sebab kedua kementerian telah main peranan lebih besar untuk memastikan tidak ada seinci tanah kita akan kita gadai kepada mana-mana negara ini penting imej negara.

“Walaupun Sabah itu diwilayah berbeza tapi masih tanah Malaysia, kedua dua kementerian telah beri komitmen bahawa tak akan keluarkan satu inci apa apa yang termaktub dalam peta Malaysia termasuk isu Laut China Selatan kita akan pertahankan mengikut perundangan dan akan beri isyrat baik kepada pihak berminat untuk menakluki kita punya kawasan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Isu pencerobohan sempadan oleh China di Laut China Selatan, termasuk di perairan Sabah dan Sarawak, adalah berkaitan dengan tuntutan wilayah maritim yang melibatkan hak kedaulatan, zon ekonomi eksklusif (ZEE) dan kepulauan. 

Nine-Dash Line:  China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan dengan menggunakan peta yang dikenal sebagai Nine-Dash Line.

Namun, tuntutan ini tidak diakui oleh sejumlah negara di rantau tersebut, termasuk Malaysia dan Filipina.

Sepanjang tahun 2023, pencerobohan berterusan bermula dengan kapal pengawal Pantai CCG 5901 atau ‘the Monster’ dilaporkan dilihat di perairan ZEE Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali pada pada 15 Januari dan 18 Februari.

Pada 26 Februari, China masih meneruskan operasi dua kapal pengawal pantai jauh di dalam ZEE Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali, termasuk CCG 5901 dan telah menghampiri dalam 50nm dari pesisiran Malaysia. 

Pada April, kapal KM Bistari bertembung dekat hanya pada jarak 150 meter dari kapal China Coast Guard 5204 di Beting Patinggi Ali.

Pada bulan Mei, kapal skrap yang dinamakan ‘Chuan 68’ yang merupakan kapal China yang dimiliki oleh Fujian Ya Rui Marian disyaki mencuri tinggalan khazanah negara di perairan negeri Pahang. 

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah kapal yang berdaftar di Fuzhou, China, yang membawa 32 anak kapal telah gagal menunjukkan permit berlabuh sewaktu sesi rutin pemeriksaan di perairan Johor.

Pada bulan Ogos, China mengeluarkan versi terkini peta wilayah rasminya yang merangkumi satu dash tambahan berbanding sembilan dash pada peta sebelumnya.
Pada bulan November, China Coast Guard 5403 tiba di kawasan Beting Patinggi Ali dalam ZEE Malaysia menggantikan CCG 5402.

Pada 1 Disember PETRONAS melaporkan bahawa eksplorasinya di pesisir pantai Sarawak dan Sabah berjaya menerokai lebih 1 bilion tong minyak mentah di kawasan yang sama.

Keadaan yang sama berlaku bila media antarabangsa seperti Newsweek melaporkan pada 13 Disember bahawa gambar satelit terbaharu minggu itu memperlihatkan kapal militan laut China berkumpul di sekitar wilayah terumbu yang dinamakan Whitsun yang menjadi rebutan antara China dan Filipina.

Gambar pada 10 Disember yang dikeluarkan oleh penyedia imej satelit SkyFi mendedahkan apa yang didakwa lebih daripada 75 kapal militan laut China terikat bersama berhampiran terumbu yang terletak dalam ZEE yang diiktiraf secara antarabangsa milik Filipina, memberikan Manila hak berdaulat untuk memanfaatkan sumber hasil kawasan tersebut.

Militan laut China adalah armada kapal-kapal yang dibina khas untuk digunakan bersama-sama dengan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China dan Pengawal Pantai China. Beijing tidak secara rasmi mengakui kewujudan kuasa militan laut ini dan mendakwa ia terdiri daripada sekumpulan nelayan patriotik.

Pihak berkuasa antarabangsa telah menuduh armada kapal tersebut terlibat dalam kegiatan yang membahayakan dan bersifat agresif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat