Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Diumum Isnin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan akan membuat pengumuman keputusan tawaran kemasykan ke Tingkatan Enam bagi tahun 2021 pada Isnini ini.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam itu boleh dibuat mulai 5 hingga 15 Julai ini.

Jelas kenyataan itu juga semakan boleh dibuat menerusi portal aplikasi dalam talian tingkatan enam di pautan https://sst6.moe.gov.my.

“Bagi lepasan SPM 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran,” katanya.

Dalam pada itu, permohonan rayuan bagi lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke tingkatan enam tetapi tidak menerima tawaran, boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan mereka. Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai depan,” katanya.

KPM berkata, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai ini melalui portal sama.

Selain itu, bagi tingkatan enam semester 1/2021 akan bermula pada 25 Julai depan bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat