Bendera Putih: ‘Jangan Perlekeh Usaha Orang Lain’ Nasihat Exco Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin, menasihatkan pemimpin politik agar tidak memperlekehkan inisiatif ‘bendera putih’ yang diusahakan orang lain sebagai salah satu cara untuk membantu masyakarat yang sedang berada dalam kesusahan menerima bantuan segera.

Katanya lagi, inisiatif ‘bendera putih’ yang semakin mendapat perhatian ini adalah bagi menggelakkan rakyat Malaysia daripada seperti tekanan perasaan, mental dan melakukan perkara yang memudaratkan seperti bunuh diri.

“Pagi-pagi Jumaat ni dah ada benda menguji kesabaran. Kalau tak boleh bantu jangan perlekeh usaha orang lain.

“Bendera Putih ni inisiatif masyarakat untuk membantu komuniti yang berada dalam kesusahan. Memudahkan mereka yang segan, hilang punca, tertekan bahkan mungkin tiada opsyen menemui jalan buntu. Bagi mengelakkan kes bunuh diri dan tindakan yang memudaratkan dari kalangan mereka sebegini, kempen bendera putih ini digerakkan.” tegas beliau.

Ujar Hafiz lagi, Sebagai pemimpin, usahakanlah dan pastikan bantuan sampai ke sasaran kalau tidak mahu ada bendera putih dinaikkan.

“Lapangkanlah hati, ramai orang sedang susah sekarang ni, bantulah sebaiknya. Jangan banyak berkira dan bermadah helah.” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah dalam laporan portal Astro Awani berkata, bendera putih tidak diiktiraf di Kedah.

Ujar Menteri Besar tersebut, kaedah bendera putih itu adalah satu propaganda politik yang bertujuan untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat