Video: Uncle Kentang Edar 5 Ribu Ayam Percuma Buat Asnaf

- Advertisement -

Puchong – Umum mengetahui ‘Uncle Kentang’ atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng amat aktif melakukan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa atau agama.

Terbaru beliau mengedarkan 5 ribu ekor ayam percuma kepada semua mereka yang memerlukan.

“Kita berterima kasih pada Idora kerana menyumbangkan ayam sebanyak 5 ribu ekor dan inilah cara hidup rakyat Malaysia kita berkongsi rezeki kerana bila bersedekah kita akan gembira.

“Kita akan tumpu pada 15 kawasan untuk edarkan ayam percuma, cuma ada beberapa kawasan yang kami tak boleh pergi sebab lori besar tak boleh masuk jadi kita sedang usaha untuk minta mereka datang ambil,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Menurut Uncle Kentang ekoran penularan wabak Covid19 sehingga menyebabkan krisis ekonomi, ramai rakyat di negara ini telah menjadi ‘separuh asnaf’.

“Lepas Covid ni ramai yang telah menjadi separuh Asnaf kerana keadaan ekonomi terumbang ambing, kebetulan ada orang nak sedekah (ayam) maka kami terima (untuk edarkan) dengan hati yang terbuka. Insyallah nanti kita boleh kongsi banyak lagi.

“Harapan saya mari kita sama-sama hebatkan Malaysia dengan amalan sedekah,” ujarnya lagi.

Sementara itu menurut Pengarah Program Syarikat Ayam Hikmah, Aishah Idora Munawir pihaknya gembira dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana amanah yang kami pegang untuk edar 10 ribu ekor ayam percuma telah berjaya dilaksanakan dan hari ini kami dengan kerjasama Uncle Kentang akan edar sebanyak 5 ribu ayam percuma.

“Memang niat asal kami untuk edar ayam ini kepada kumpulan asnaf, B40, anak yatim, fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Menurut Aisyah, program pemberian ayam percuma ini bermula apabila pihaknya di datangi seorang anak kecil yang teringin makan ayam.

“Kisah ayam ini bermula apa kami didatangi seorang anak kecil yang ingin membeli ayam dengan harga RM1 kerana dah lama tak makan lauk, hanya makan bubur dengan telur yang potong kecil.

“Bermula dari situ kami mula terfikir untuk memberikan ayam percuma kerana kalau boleh kami ingin beri kepada semua yang memerlukan,” katanya.

Program julung kali diadakan itu turut disertai Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia.

Sementara itu salah seorang penerima Yusmalina dari Puchong Permai mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas sumbangan yang diberikan.

“Hari ini kami dapat sekor ayam dari Mr Kentang. Gembira sangat sebab kebetulan hari ini memang kami tak beli lauk dan dapat pula ayam percuma memang rezeki kami, terima kasih pada mereka yang memberi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat