PRU15: PN Yakin Menang Besar, Sebulat Suara Tolak DAP

- Advertisement -

Kuching – Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak DAP menjadi sebahagian daripada ahli gabungan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing berkata, persetujuan itu menjadi faktor utama pembentukan PN.

Beliau turut menjelaskan mesyuarat pemimpin 12 parti yang diadakan Rabu lepas turut bersetuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan datang.

Jaminan itu telah dinyatakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Walaupun Bersatu dan Pas ada mempunyai cawangan di Sarawak tetapi mereka tidak akan bertanding pada PRN12 nanti.

“Jaminan ini memberi laluan jelas kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melawan pembangkang selain ia petanda baik bahawa parti komponen PN komited membantu GPS pada PRN12,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Antara parti dalam blok pembangkang di Sarawak terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan lain-lain.

Seterusnya beliau berkata, Muhyiddin bersama barisan pemimpin parti yang lain turut yakin PN akan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Masing turut mendedahkan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS pada mesyuarat tersebut menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan mengetuai PRU15.

Katanya, Abang Johari turut memaklumkan, GPS bersama empat parti komponen sudah bersedia untuk mengharungi PRN12 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa.

Empat parti komponen GPS ialah PRS; Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat