Facebook Sekali Lagi Alami Masalah, Pengguna Tidak Dapat Klik Pada Gambar Yang Banyak

- Advertisement -

Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menggunakan aplikasi Facebook setiap hari malah mungkin setiap masa. Memaparkan update daripada rakan-rakan serta berita baharu antara yang membuatkan aplikasi ini kekal releven sehingga kini.

Dalam pada itu, Facebook pada hari ini dilaporkan mengalami masalah yang dialami oleh ramai pengguna telefon pintar di mana perkongsian yang diselitkan dengan gambar yang banyak tidak dapat dilihat.

Screen Shot 2021-06-02 at 11.07.51 AM

SUMBER: DOWNDETECTOR

Difahamkan masalah ini mulai berlaku sejak 5 pagi tadi sehingga kini. Menerusi laporan Down Detector, lebih 2,000 laporan oleh para pengguna telah dibuat menerusi masalah yang berlaku pada aplikasi ini.

photo6177232955831856048

photo6177232955831856049

Berikutan masalah yang berlaku melibatkan jumlah besar pengguna Facebook serata dunia, aplikasi media sosial ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah yang berlaku.

Setakat artikel ditulis, masalah untuk melihat gambar yang banyak dalam sesebuah perkongsian di Facebook oleh pengguna telefon pintar masih lagi berlaku.

The Vocket
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat