Pemuda PPBM Serah Dokumen Kepada SPRM, Isu Guan Eng, Tommy & Taikun

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Selepas beberapa jam Pemuda Negara membuat laporan di ibu pejabat SPRM berkenaan hubungan Lim Guan Eng, Thommy Tomas dan taikun hartanah, kini giliran pemuda PPBM pula membuat laporan dipercayai berkenaan isu sama di pejabat SPRM itu.

Pemuda PPBM Wilayah Persekutuan dan Selangor hari ini menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semasa membuat laporan berkenaan.

Walau bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut berkenaan isi kandungan dokumen tersebut.

“Ini urusan kita dengan SPRM dan kita serah kepada SPRM segala butiran yang ada di tangan kami. Kalau tidak ada benda sahih yang kita pegang, kita tidak akan bawa sesuka hati,” kata Ketua Pemuda PPBM WP, Zahim Zainal selepas membuat laporan.

Semalam, FMT melaporkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pada 2019 meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik taikun berkenaan yang dibekukan bagi membantu siasatan ke atas kes pengubahan wang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat