10.77 Juta Terima Bantuan BPN Bernilai RM11.5 Bilion Sejak April – Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Lepasi Halangan Terbesar – Tok Mat

CYBERJAYA - Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan sebaik selesai sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk...

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...

2,555 Pesakit Covid-19 Pulih, 935 Jangkitan Baru Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan sebanyak 935 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

KUALA LUMPUR – Seramai 10.77 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan peruntukan RM11.5 bilion telah diberikan secara berperingkat bermula April hingga Mei lalu.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, terdapat tiga kumpulan penerima BPN dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta penerima yang menerima bayaran secara berperingkat dalam Fasa Pertama dan Kedua.

“Sehingga 31 Mei, bagi Fasa Pertama, seramai 7.93 juta penerima telah menerima bayaran berjumlah RM5.56 bilion manakala bagi Fasa Kedua pula, seramai 7.90 juta penerima telah menerima bayaran berjumlah RM3.55 bilion dan selebihnya penerima adalah mereka yang belum lagi menuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN.

“Sebagai peringatan, mereka boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember. Alhamdulillah, status pencapaian bagi Fasa Pertama dan Kedua ini adalah 96.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata, kumpulan kedua penerima BPN adalah 2.3 juta penerima yang diumumkan pada 9 Mei yang lalu dan dari jumlah ini sehingga 31 Mei, seramai 2.08 juta penerima telah menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekaligus berjumlah RM1.57 bilion.

“Kumpulan ketiga adalah mereka yang telah membuat rayuan antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini dengan 170,000 rayuan diterima dan akan disemak secara manual.

“Keputusan akan diumumkan pada pertengahan bulan Jun dan bayaran sekaligus bermula pada akhir bulan Jun, “ jelasnya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata sebanyak 4 juta permohonan program i-Lestari KWSP telah diluluskan melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.9 bilion sebulan sehingga 31 Mei lalu.

“Bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11% kepada 7%, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM895 juta.

“Sehingga 31 Mei, Kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11%, iaitu seramai 1.7 juta atau lebih kurang 23% daripada pencarum KWSP berbanding dengan 1.5 juta sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11% kepada 7%, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM895 juta.

“Sehingga 31 Mei, Kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11%, iaitu seramai 1.7 juta atau lebih kurang 23% daripada pencarum KWSP berbanding dengan 1.5 juta sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi bayaran khas RM600 secara one-off yang akan diberikan kepada pemandu pelancong atau tour guides, sehingga 31 Mei, seramai 6,470 pemandu pelancong telah menerima bayaran ini berjumlah RM3.9 juta.

“Pemandu e-Hailing pula, sehingga 31 Mei, kerajaan telah menyalurkan bayaran bantuan khas sebanyak RM34 juta melalui e-wallet kepada 68,336 penerima. Pembayaran untuk 8,300 pemandu e-hailing tambahan masih sedang diproses.

“Untuk isu berbangkit mengenai 30,000 pemandu teksi yang mengadu mereka tidak menerima bantuan khas kerana kad pemandu teksi mereka telah tamat tempoh sah laku.

Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan bahawa bayaran khas ini akan dipanjangkan kepada mereka dengan syarat kad pemandu diperbaharui dan mereka diberikan tempoh sehingga 1 Julai,” jelasnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Belanjawan 2021 Lepasi Halangan Terbesar – Tok Mat

CYBERJAYA - Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan sebaik selesai sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk...

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...