Saya Sanggup Letak Jawatan Timb Menteri, Untuk Kuatkan Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata dirinya sanggup untuk meletakkan jawatan sekiranya ia mampu memberi kekuatan kepada parti Bersatu.

Shahruddin berkata demikian melalui satu kenyataan bertajuk ‘Luahan Hati’ yang dikirimkan melalui laman Facebooknya.

“Andai kata saya perlu letak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Kerjaraya, saya akan letak jawatan, demi memperkukuhkan Bersatu, supaya masa sepenuhnya dapat saya tumpukan pada Bersatu. Sebagai SUA pertama saya kenal KB, Srikandi dan Armada.

“Mengajak dan memujuk ahli-ahli yang ramai di bawah sana supaya tidak berbalah yang hanya akan melemahkan Bersatu. Ada yang dah merajuk, dah nak keluar Bersatu (tapi) saya kata ‘JANGAN LAH BERTINDAK BEGITU!! Please, BERSATULAH,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Beliau juga menegaskan rela meninggalkan Perikatan Nasional (PN) sekiranya ada jaminan Bersatu kembali menjadi sebuah parti yang kuat.

“Andaikata saya perlu meninggalkan rakan-rakan PN dan kembali semula kepada PH dan disitu ada JAMINAN bahawa Bersatu akan kuat dan terus hidup, maka saya akan jugak sedia lakukan!

“Cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH?

“Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH? Saudara jawab!!? soalnya pula.

Jumaat lalu, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff didakwa akan mengadakan sidang media mengenai kedudukan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk melepaskan jawatan dalam Kabinet.

Kehadiran mereka ke ibu pejabat parti itu mengundang pelbagai reaksi khususnya pemerhati politik dan netizen yang mendakwa kedua-dua ahli parlimen itu kembali menyokong bekas Perdana Menteri terbabit.

Turut tular di media sosial gambar mereka memasuki bilik Pengerusi yang terletak di tingkat lapan bangunan Yayasan Selangor dengan Dr Mahathir sedang menunggu di situ.

Mohd Redzuan kemudiannya menafikan dia akan meninggalkan PN sebaliknya memilih untuk terus kekal bersama gabungan PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat