Isu stoking: Umno nafi ditekan DAP, cuma bincang cara atasi kemelut – Jalaluddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umno tidak menerima sebarang tekanan daripada DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Umno dalam keadaan baik-baik sahaja, tidak menerima tekanan DAP seperti disangka.

“Umno ok je. Mana ada terima tekanan daripada DAP,” kata Ahli Parlimen Jelebu itu.

Jalaluddin berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan parti itu ditekan oleh DAP susulan perjumpaan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 24 Mac lalu.

Perjumpaan ini susulan kelantangan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengenai kontroversi isu stoking tertera kalimah Allah.

Jalaluddin berkata, perjumpaan kedua-dua pemimpin itu perkara normal dan tidak benar sama sekali DAP memberi tekanan kepada Umno mengenai isu itu.

“Sesiapa sahaja boleh mengadakan pertemuan. Malah, saya sendiri di Negeri Sembilan kerap bertemu dengan pemimpin DAP dan memberi penekanan kepada beberapa perkara. Tidak pula ada yang kata saya beri tekanan kepada DAP.

“Jadi pertemuan Anthony Loke dengan Zahid bukan memberi tekanan kepada Umno supaya jangan terlalu lantang bersuara, sebaliknya mahu membincangkan bagaimana mahu mengatasi kemelut itu,” lapor BH di Jelebu.

Jalaluddin yang juga EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata, Umno tidak terikat dengan sebarang tekanan daripada mana-mana parti dan yakin Presiden Umno itu juga tegas dalam isu stoking berkenaan.

“Sama ada di pihak DAP atau Umno sendiri, kedua-duanya mahu isu berkenaan termasuk beberapa siri kedai serbaneka itu dibom dengan bom petrol perlu disiasat oleh pihak polis. Biarlah polis menyiasat dan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

“Pada masa sama, mana-mana pihak tidak boleh mengaitkan kejadian itu dilakukan oleh ahli Umno atau orang Melayu, sedangkan ia mungkin dilakukan pihak lain yang menangguk di air yang keruh bagi mengganggu gugat hubungan di antara orang Melayu dengan Cina,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat