Guan Eng desak PM panggil mesyuarat tergempar MKN bincang isu serang KK Mart

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan situasi tegang akibat tindakan boikot KK Mart.

Selain mengambil langkah-langkah segera untuk mengelakkan sebarang anasir pencetus yang mampu menggugat keamanan dan keharmonian dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

“Perdana Menteri harus memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan situasi ini dan mengambil langkah-langkah segera untuk mengelakkan sebarang anasir pencetus yang mampu menggugat keamanan dan keharmonian dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama,” gesa Guan Eng dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Guan Eng, rasional mesyuart tergempar MKN itu diperlukan bagi mengekang serangan demi serangan ke atas KK Mart.

“Biarpun dengan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, disertai oleh amaran keras oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga pegawai atasan PDRM, kedai KK Mart ketiga telah menjadi sasaran serangan bom molotov.

“Seri Paduka Baginda sebelum ini telah bertitah agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan daripada isu ini, sambil menitahkan bahawa ia harus diserahkan kepada pihak berkuasa. Baginda juga bertitah bahawa telah mengarahkan agar tindakan sewajarnya untuk diambil, maka tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menyalakan api kemarahan,” tegasnya.

Bagaimanapun kata Guan Eng, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh enggan mempedulikan Titah Diraja ini dan masih meneruskan boikot terhadap KK Mart.

“Ini adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar bagi seorang pemimpin kerajaan negeri Melaka yang merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan di Putrajaya.

“Biarpun Ketua Pemuda Umno telah menafikan sebarang motivasi politik dan mengutuk serangan ke atas KK Mart, pemboikotan ini tidak menghentikan serangan ganas ke atas KK Mart oleh anasir pelampau yang berbahaya.

“Sebelum ini, pemilik KK Mart telah memohon maaf dengan bersungguh-sungguh di atas kelalaian pihaknya, serta bakal menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah oleh pihak berkuasa seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.

Lebih membimbangkan kali ini kata Guan Eng, apabila cawangan KK Mart yang diserang adalah di negeri Sarawak, negeri yang dianggap paling harmoni di dalam toleransi antara agama, negeri yang terkenal kerana mengamalkan perpaduan dalam kepelbagaian serta negeri asal pemilik KK Mart.

“Jelas sekali ini menunjukkan tiada lagi tempat yang selamat di Malaysia daripada serangan ke atas cawangan KK Mart.

“Memandangkan kepimpinan nasional Umno juga memutuskan untuk menyokong tindakan Ketua Pemuda Umno bagi meneruskan boikot ini, maka kerajaan Persekutuan mesti mengambil langkah untuk mengelakkan sebarang tindakan yang menyemarakkan lagi api kemarahan menjadi lebih berbahaya di luar kawalan,” gesa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat