Semua Yang Masuk Malaysia Akan Dikuarantin Mulai Esok – Ismail Sabri

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin mulai esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Hari esok, 3 hari bulan (April) bermulanya kuarantin wajib kepada masyarakat kita yang pulang dari luar negara, juga sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini.

“Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kemudahan kuarantin yang disediakan, ” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Katanya kemudahan bas akan disediakan untuk membawa semua individu ini ke pusat kuarantin yang disediakan di seluruh negara.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat