KKM keluarkan SOP pelaksanaan sanitasi awam

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan sanitasi awam yang lebih efektif bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan terdapat banyak aduan berhubung cara proses nyah cemar berkenaan dilaksanakan pada masa ini.

“Ada yang mengadu tidak mengikut peraturan dan sebagainya, jadi KKM telah membangun dan mengeluarkan satu SOP tentang bagaimana cara setiap nyah cemar dilaksanakan.

“Nyah cemar ini akan dilaksana bukan sahaja di tempat awam tetapi akan diteruskan dari rumah ke rumah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di sini, hari ini.

BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat