Senator Demokrat Ramal Kempen Udara AS-Israel di Iran Akan Gagal

WASHINGTON – Seorang senator Parti Demokrat meramalkan kempen udara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, malah berisiko mengukuhkan kepimpinan yang lebih keras di negara itu.

Senator Connecticut, Chris Murphy, yang juga anggota Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, berkata tindakan ketenteraan tersebut dijangka membawa kesan sebaliknya.

“Kita tidak akan mendapat demokrasi. Kita akan mendapat kepimpinan yang lebih teruk,” katanya dalam wawancara bersama program CBS Face the Nation.

Menurut Murphy, kebanyakan sekutu Amerika di rantau Asia Barat – kecuali kerajaan sayap kanan Israel – telah merayu agar Washington tidak mengambil tindakan ketenteraan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha menukar rejim di Iran tidak akan berjaya tanpa kehadiran tentera darat, sesuatu yang telah ditolak oleh Presiden Donald Trump.

“Tanpa kehadiran tentera di darat, saya menjangkakan kepimpinan Iran akan terus bertahan dan membentuk semula struktur kuasa mereka dalam bentuk yang lebih keras,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat