Kenapa PN Selangor perlukan Halim Tamuri? – Iskandar Samad

KUALA LUMPUR – Kemunculan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Abdul Halim Tamuri dijangka berjaya memimpin Perikatan Nasional (PN) keluar daripada ketidaktentuan apabila Pengerusi sebelum ini di negeri telah melepaskan jawatan berikutan krisis di dalam Bersatu yang merebak ke seluruh negara.

Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Samad dalam hujahnya menjelaskan, jika sebelum ini kepimpinan mereka di Selangor kelihatan lesu namun dengan kemunculan tokoh tersebut di tengah-tengah keresahan rakyat menjadikan gabungan parti-parti itu lebih bertenaga.

Iskandar berkata, krisis dalaman yang melanda Bersatu sedikit sebanyak akan tempias kepada PN di Selangor jika tidak secara fizikal tetapi dari segi imej di mata rakyat.

“Kepimpinan Pas sebagai “Abang Besar” amat diperlukan untuk menstabilkan keadaan dan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap gabungan tersebut.

“Satu demi satu isu melanda negeri Selangor dan kerajaan negeri yang sebelum ini begitu kukuh kelihatan mula terancam. Ia memberi harapan kepada mereka yang mahu melihat perubahan di negeri yang termaju di negara kita itu.

“Tetapi peluang keemasan untuk meletakkan PN kembali di hati rakyat hampir dibazirkan kerana mereka terpaksa bergelut dengan pelbagai isu dalaman. Di Perlis, timbul krisis yang melihat pertukaran Menteri Besar dan krisis dalaman di dalam Bersatu semakin meruncing tanpa ada sebarang penyelesaian.

“Walau bagaimanapun muncul seorang tokoh yang berkemampuan untuk mengubah nasib PN di negeri tersebut.

“Jika sebelum ini kepimpinan mereka di Selangor kelihatan lesu namun dengan kemunculan tokoh tersebut di tengah-tengah keresahan rakyat menjadikan gabungan parti-parti itu lebih bertenaga.

“Beliau adalah Adun Paya Jaras Abdul Halim Tamuri yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor. Kemunculan beliau berjaya memimpin PN keluar daripada ketidaktentuan apabila Pengerusi mereka di negeri itu telah melepaskan jawatan berikutan krisis di dalam Bersatu yang merebak ke seluruh negara.

“Sesungguhnya bukan sahaja PN tetapi rakyat Selangor memerlukan sentuhan dan kepimpinan beliau menjelang pilihan raya umum yang akan datang,” tegas Iskandar yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Kata Iskandar, peranan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor perlu dikembangkan dan wajar sekali beliau mengisi kekosongan Pengerusi PN Selangor.

Menurutnya, Pas merupakan parti yang paling stabil, bebas dari sebarang krisis dan konflik justeru PN memerlukan kestabilan ini untuk mencabar gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Jentera pilihan raya Pas adalah yang paling mantap di dalam PN dan hanya kepimpinan dari Pas yang bebas dari sebarang masalah dapat memimpin jentera tersebut dengan berkesan.

“Tambahan pula apabila Pengerusi PN kebangsaan berpindah daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Pas, kemimpinan utama negeri juga wajar berpindah kepada Pas.

“Ia akan memberi kelebihan kepada PN negeri jika kepimpinan utama kebangsaan dan negeri adalah dari parti yang sama dengan persefahaman yang telah lama terjalin,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat