“Biar Rafizi Diberi Laluan Mudah” dalam Pemilihan PKR – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dilihat berpeluang besar mengekalkan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang selepas mendapat sokongan terbuka daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Perdana Menteri berharap agar Rafizi diberikan ruang untuk terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang nombor dua dalam parti.

“Biar Rafizi diberi laluan mudah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today (FMT).

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini.

Ketika ditanya sama ada cadangan tersebut bercanggah dengan prinsip demokrasi dalam parti, Anwar menegaskan bahawa rundingan juga merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Menurutnya, fokus utama PKR kini adalah untuk menjalankan tugas sebagai kerajaan dan bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pemilihan parti peringkat cabang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April, manakala pemilihan kepimpinan pusat akan diadakan pada 24 Mei.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat