Oleh Zihan Zari
KAJANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mensasarkan 73 program ‘Wow Factor’ pada sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (HUTPA) ke-73 Tahun 2025 yang bertemakan ‘Sukarelawan dan Pertahanan Awam: Teras Kesejahteraan Nasional’ sempena Hari Pertahanan Awam Sedunia ke-94.
APM dalam kenyataannya memaklumkan, Hari Pertahanan Awam Sedunia disambut setiap 1 Mac bagi memperingati permulaan penguatkuasaan Perlembagaan
International Civil Defence Organisation (ICDO) sebagai pertubuhan antara kerajaan pada 1 Mac 1972.
“Hari Pertahanan Awam Sedunia bertemakan ‘Civil Defence: Guarantee of Security for the Population’ yang menekankan peranan pertahanan awam dalam menjamin keselamatan rakyat.
“Sejarahnya berakar daripada penubuhan ICDO pada tahun 1931 di Paris yang berfungsi sebagai kawasan perlindungan bagi orang awam ketika peperangan, meliputi golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak, ”kata kenyataan itu.
“Sepanjang 94 tahun, ICDO telah melalui pelbagai evolusi dalam usaha menyelamatkan nyawa dan melindungi orang awam dan kini ianya merupakan organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh 60 negara, termasuk Malaysia yang menjadi ahli pada 6 Jun 2010.
“Seiring dengan sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia, APM juga telah menetapkan bulan Mac sebagai Bulan Pertahanan Awam bagi setiap tahun.
“Sambutannya pada tahun ini secara rasmi akan bermula pada 10 Mac hingga 10 April ini, namun beberapa beberapa aktiviti telahpun bermula sejak 1 Ramadan 1446 Hijrah, ”katanya.
“Sambutan ini bag memperkasakan kesedaran, kecintaan dan budaya terhadap pertahanan awam serta memberi ruang dan peluang kepada pegawai serta anggota untuk menonjolkan kreativiti dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat.
“73 program ‘Wow Factor’ APM di peringkat negeri dan pusat latihan, termasuk pelaksanaan operasi kemanusiaan dan kesiapsiagaan bencana seperti Op Ramah dan Op Prihatin.
‘Wow Factor’ merangkumi enam tonggak utama Malaysia Madani , termasuk Wacana Nasional: Halatuju Sukarelawan di Malaysia dijangka diadakan pada 10 dan 11 Mac ini di ISEF, Bangi, ”katanya lagi.
“Penghargaan akan diberikan melalui 73 jenis anugerah kepada pegawai, anggota pertahanan awam dan masyarakat yang berjasa, termasuk di peringkat daerah dan unit pertahanan awam.
Selain itu, bagi menyantuni sekurang-kurangnya 73 alumni APM daripada pelbagai latar belakang sebagai penghargaan atas sumbangan mereka, termasuk pihak dan individu yang membantu dalam MTL 2024/2025.
“APM akan melaksanakan 73 penugasan ‘Omnipresence’ di kawasan Hot Spot sepanjang tempoh bulan Ramadan, merangkumi bazar, lokasi berbuka puasa, pusat membeli-belah, masjid dan surau.
“Uniknya sambutan ini akan diserikan dengan aktiviti memasak 73 kawah bubur lambuk secara serentak di seluruh negara sebagai simbol Perpaduan.
“APM turut memperoleh 73 Letter of Intent (LOI) bersama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam bidang pertahanan awam / kesukarelaan,”ujarnya.
“APM kini memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana negara dengan penglibatan 2,251,460 anggota sukarela di seluruh negara sejak penubuhannya pada 1952.
“Sasaran sambutan HUTPA-73 disambut setiap 24 Mac sebagai acara tahunan utama warga APM antaranya, memperingati titik mula tugasan pertahanan awam secara rasmi dan mengimbau kejayaan serta komitmen stakeholder sepanjang bulan pertahanan awam.
“Selain itu, meraikan sumbangan dan dedikasi warga APM serta memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai fungsi dan peranan APM, ”tambahnya.
“HUTPA-73 yang akan dilancarkan ini mencerminkan peranan APM dalam memperkukuh semangat kesukarelaan dan keselamatan rakyat sebagai teras pembangunan negara selari dengan aspirasi Malaysia Madani, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV