Rakyat Sabah kini tuan di negeri sendiri – Hajiji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Gagasan Rakyat Sabah yang dilancarkan hari ini merupakan satu reaksi penting kepada dinamika lanskap politik Sabah.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Gagasan Rakyat bukanlah pilihan peribadi Hajiji, dan bukan sekadar keputusan rakan-rakan pimpinan, tetapi turut direstui rakan-rakan dalam GRS, dan yang paling utama ia diterima dan mendapat respon baik pelbagai pihak.

“Kita mendengar aspirasi rakyat akar umbi, kita membaca dan cuba memahami naratif di lapangan dan kita membuat refleksi untuk menilai di manakah posisi kita pada ketika ini. Hasil daripada penelitian inilah, maka, kita mendapat keyakinan bahawa bergerak atas landasan parti tempatan merupakan satu langkah dan pilihan yang tepat.

“Sesungguhnya, hari ini merupakan detik yang bersejarah buat kita semua. Setelah melalui pelbagai pengalaman, suka duka, pahit manis dan menempuhi onak duri, akhirnya kita duduk di dalam rumah kita sendiri. Parti ini, rumah kita. Rumah kita, kita yang jaga. Rumah kita, kitalah tuannya. Rumah kita, kita pelihara sebaiknya. Dapur kita, kitalah penentu menu dan resipinya,” tegas Hajiji pada Khamis.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu lagi, lima tahun kebelakangan ini, sejak tsunami politik tahun 2018, kita telah berdepan dengan kerencaman politik di peringkat negeri dan nasional yang amat kompleks.

Katanya, ada banyak status quo dan paradigma lama yang telah dicabar dan dirobohkan. Ada banyak juga keinginan dan harapan baharu yang muncul dengan mendadak.

“Ada yang nakal di luar sana menyebut; “nah Hajiji tubuh parti baharu lagi, lumpat lagi”. Dihina dan dicaci sebagai pengkhianat dan tidak setia itu sudah biasa saya dengar. Sudah bertahun kami dilabel sedemikian rupa.

“Saya memilih untuk berdiam diri dan meminta untuk rakan-rakan seperjuangan agar tidak perlu memberikan sebarang respon balas.
Ini kerana bagi saya tidak ada gunanya berbalas bicara dalam perkara-perkara yang boleh melebarkan jurang perbezaan dan perpecahan sesama kita di Sabah. Biar masa menentukan, akan tiba masanya setiap tindak dan ikhtiar kita terjawap dengan sendirinya apabila terserlah hikmah daripada setiap keputusan berjemaah yang kita sepakati.

“Paling penting bukannya untuk diri dan kumpulan kita, tapi akhirnya manfaat itu adalah untuk agenda besar rakyat dan negeri kita yang tercinta,” jelas beliau.

Tambah Hajiji, berasaskan kepada penilaian-penilaian dan kesedaran ini, maka formula politik lokal dan inklusif wajar diilhamkan, iaitu “Gabungan Multi-Parti Berteraskan Citra Tempatan”.

“Maka, kehadiran Gagasan Rakyat akan memperkukuh citra perjuangan Gabungan Rakyat Sabah, sebagai satu jajaran lokal dan formula tempatan.

“Yakinlah, solidariti kita akan menjadikan suara Sabah lebih kuat dan berkesan. Sebagaimana yang sering saya tegaskan, kita kuat apabila kita Bersatu. Kita akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu.

“Permuafakatan Gabungan Rakyat Sabah bukan sekadar penting untuk kita di Sabah. Permuafakatan ini amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat