Filem dari Warner Bros, Disney tak akan ditayang di Rusia

- Advertisement -

New York: Filem The Batman diumumkan tidak akan ditayangkan di Rusia selepas serangan yang dilakukan oleh negara itu ke atas Ukraine, minggu lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan jurucakap WarnerMedia, mereka akan menilai situasi krisis yang berlaku itu sebelum membuat keputusan baharu.

“Berdasarkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine, WarnerMedia akan menghentikan penayangan filem The Batman buat sementara waktu dan menilai semula situasi krisis yang berlaku.

“Kami berharap agar ada satu penyelesaian secara damai berhubung tragedi ini,” katanya.

Keputusan Warner Bros untuk menarik penayangan The Batman di Rusia adalah sebagai reaksi daripada industri perfileman Hollywood yang tidak menyokong peperangan.

Selain Warner Bros, Disney yang juga studio berpengaruh di Hollywood juga tidak akan menayangkan filem-filemnnya di Rusia termasuklah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan bermula 5 Mei dan Lightyear yang akan ditayangkan pada 16 Jun.

Platform penstriman digital, Netflix juga turut menolak untuk menayangkan saluran-saluran TV dari Rusia di platform mereka.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat