Pengeluar kertas terbesar Asia melabur RM5.4 bilion di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar kertas dan ‘paperboard’ terbesar di Asia, Nine Dragons Paper (Holdings) Limited memberikan komitmen untuk menambah pelaburan sebanyak RM5.4 bilion di Malaysia.

Dalam satu hantaran di laman Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, pelaburan oleh syarikat ini jelas menujukkan keyakinan pelabur asing untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka.

Jelas Muhyiddin, sehingga Disember 2020, sejumlah 572 projek perkilangan dari China bernilai RM78.61 bilion telah diluluskan oleh pihak MIDA, termasuk Kumpulan ND Paper ini.

Syarikat ini jelasnya tersenarai di papan utama Bursa Hong Kong dan menduduki senarai China Fortune 500.

Pelaburan Kumpulan ini di Malaysia, merangkumi dua fasiliti perkilangan iaitu di Bentong, Pahang dengan pelaburan keseluruhan RM1.2 bilion dan di Banting, Selangor dengan pelaburan RM4.2 bilion yang dijadual beroperasi pada 2022.
Kedua-dua projek ini jelas Muhyiddin akan menjana 2,180 peluang pekerjaan dengan hampir 90 peratus adalah rakyat tempatan.

Perdana Menteri turut menegaskan, Kerajaan Malaysia adalah “pro-business” dan sentiasa mengalu alukan kemasukan pelaburan baharu ke dalam negara dan bersedia tawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan delegasi syarikat ND Paper melibatkan Pengerusinya, Cheung Yan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Zhang Cheng Fei.

Hadir sama Menteri Kanan Ekonomi yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat