Pemimpin UMNO “Puji” Pemimpin DAP – Kadir Jasin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Orang Melayu, khususnya yang menjadi ahli atau penyokong Umno, jangan marah kalau parti DAP yang mereka panggil DAPig ini hebat,” kata Datuk A Kadir Jasin.

Tokoh Wartawan Nasional itu berkata, cuba baca perakuan (endorsement) berikut mengenai salah seorang pemimpinnya iaitu Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca kerajaan Pakatan Harapan (PH), Yeo Bee Yin:

“Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.”

Ini petikan ucapan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai permohonan maaf memfitnah Yeo Bee Yin pada 2017.

Menurut A. Kadir, memang hebat pemimpin DAP ini sebab perakuan tersebut bukan daripada penerima bantuan Skim Mesra Usia Emas atau daripada mana-mana brosur propaganda tetapi daripada seorang orang kuat UMNO.

“Bukan setakat itu saja, hero Umno ini turut memohon maaf kepada Bee Yin atas perbuatan fitnahnya. “Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin,” katanya.

“ Dia ini (Jamal) bukan alang kepalang wira tetapi wira yang menjadi pujaan dan kebanggaan UMNO serta orang Melayu yang seangkatan dengannya.

“Dia tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Seri Jamal Yunus, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor,” beritahu A Kadir lagi.

Untuk rekod pada tahun 2017 Bee Yin telah mengemukakan saman malu dengan tuntutan ganti rugi RM5 juta ke atas Jamal kerana memfitnahnya mengenai Skim Mesra Usia Emas.

“Tapi Jamal tidak keseorangan dalam memohon maaf kerana memfitnah.

“Banyak lagi pemimpin UMNO dan PAS yang kalah kes saman malu oleh musuh politik mereka.

“Ada yang hanya memohon maaf dan membayar kos mahkamah tetapi ada juga yang kena bayar ganti rugi ratusan dan jutaan ringgit,” ujar beliau.

Malah katanya, organisasi media pro-UMNO/BN ketika parti itu memerintah pun banyak yang kalah saman malu oleh parti-parti pembangkang dan terpaksa bayar ganti rugi yang besar. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat