Bukan SD tapi surat sokongan dan setia kepada Anwar – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz selepas mengadap Lembaga Disilpin UMNO memperbetul berita sebelum ini yang tersebar berhubung akuan berkanun (SD) menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebaliknya menjelaskan dokumen berkenaan bukan SD tetapi surat sokongan dan setia kepada Anwar.

Baru-baru ini Tun Faisal diberi surat tunjuk sebab dan diarah hadir ke ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO kerana mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

Beliau sebelum ini dilapor berkata Zahid hilang kredibiliti dan mengkhianati parti susulan dakwaan cuba membawa UMNO menyokong Presiden PKR, selain mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang dikritik sesetengah pemimpin UMNO.

Ditanya sama dalam siasatan tribunal itu beliau ada melampirkan SD kepada Anwar sebagai bukti, Tun Faisal berkata “no details, cuma saya nak betulkan, media tulis SD, tapi saya tak pernah sebut SD, saya sebut surat sokongan dan setia kepada Anwar Ibrahim.

Selain itu, Tun Faisal juga memberitahu beliau sudah mengetahui pengadu yang melaporkan perkara ini kepada tribunal.
“ Ya sudah dapat tahu (pengadu) tapi tak perlulah saya sebutkan rasanya awak boleh agak,” ujarnya.

Beliau memberitahu secara keseluruhan berpuas hati dengan perjalanan prosiding, walaupun pada peringkat permulaan ada sedikit pertikaian.

“ Terima kasih kepada Tribunal Lembaga Disiplin kerana membuka seluas-luasnya ruang untuk saya memberikan hujahan balas terhadap semua pertuduhan

“Pertikaian ini berkaitan soal prosiding dan hak-hak saya sebagai orang kena tuduh tapi telah diselesaikan dengan baik,” katanya.

Mengenai hujah bela diri, Tun Faisal berkata beliau tidak boleh ulas secara terperinci.

“ Saya berikan hujah pokok, setebal 16 muka surat tidak termasuk bahan-bahan lampiran.

“Bergantung kepada keputusan, jika tidak wajar, saya akan buat rayuan, jika adil dan wajar, insyaallah saya terima. Saya harap tribunal akan pertimbangkan sebaik-baiknya hujah-hujah balas saya dan fakta-fakta kes yang diberikan.

“Keputusan belum tahu bila,” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat