Jangan terlalu berkira dengan pemain industri pelancongan – Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Larangan rentas daerah dan negeri memberi impak yang sangat besar kepada sektor pelancongan,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menzahirkan kebimbangan kebanyakan pengusaha dan pekerja sektor pelancongan tidak mampu bertahan bagi tempoh minimum 12 bulan akan datang.

“Jangan lupa industri pelancongan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara kasar yang bermaksud ramai rakyat bernaung dibawahnya.

“Tahun lalu kita diberitahu kira-kira sejuta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dikhuatiri hilang pekerjaan susulan penularan jangkitan Covid-19.

“Justeru, pada pandangan saya bantuan yang diberikan kepada pengusaha dalam sektor pelancongan perlu ditambah baik untuk membantu mereka terus ‘survive’ pada waktu sukar begini,” kata Zahid.

Hal demikian menurut beliau, institusi kewangan juga wajar melanjutkan lagi tempoh bantuan pembayaran balik pinjaman untuk jangka masa yang lebih signifikan atau sehingga orang ramai kembali dibenarkan melancong.

“Jangan terlalu berkira tentang bantuan ini kerana mereka juga penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara sebelum dan selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Walau dibenarkan beroperasi, mustahil untuk mencapai nisbah faedah-kos yang sewajarnya. Ini kerana pelancongan berkaitan dengan aktiviti pengembaraan dan lawatan oleh orang ramai.

“Bagaimana orang ramai mahu mengembara dan melawat apabila dilarang merentas kawasan.

“Jangan salah faham. Saya tidak berhasrat berbicara tentang kewajaran larangan rentas daerah atau negeri.
“Apa yang saya ingin tekankan tentang nasib mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sektor ini. Bukan sekadar tentang kerugian dihadapi oleh pengusaha hotel, tetapi juga nasib pekerja-pekerja mereka.

“Bukan juga semata-mata mengenai kemudaratan dialami pusat peranginan, tetapi kesannya kepada industri hiliran. Peniaga makanan, kraftangan, pakaian dan banyak lagi yang majoritinya diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kecil,” ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Kata Zahid, sudah agak lama mereka menanggung azab ini dan masih menanggungnya sehingga hari ini.

Namun katanya, yang menjadi persoalan beberapa hari lalu kita dimaklumkan kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri hanya akan dipertimbangkan selepas 80 peratus rakyat diberi vaksin.

“Sedangkan kita pernah diberitahu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan memastikan ‘at least’ 80 peratus penduduk Malaysia menerima vaksin dijangka hanya selesai menjelang Februari 2022.

“Adakah ini bermaksud mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan yang sedang terjejas teruk diminta untuk bertahan bagi tempoh setahun lagi? Soal beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat