Dua Pertuduhan Bakal Dihadapi Aung San Suu Kyi

- Advertisement -

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dituduh dengan dua pertuduhan jenayah lagi ketika tampil di mahkamah menerusi sidang video pada Isnin.

Pertuduhan itu kira-kira sebulan selepas tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa.

Suu Kyi tidak dilihat pada umum sejak ditahan pada 1 Februari dan penampilannya di mahkamah itu, ketika demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa itu tercetus di seluruh negara.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh ketika polis dan tentera cuba menyuraikan peserta tunjuk perasaan berkenaan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Stesen penyiaran negara itu, MRTV melaporkan lebih 1,300 ditangkap pada lewat Isnin dan 11 orang terbunuh pada Ahad.

Selain itu, ia menyatakan pasukan keselamatan diminta tidak menggunakan peluru hidup.

Sebelum ini, Suu Kyi, 75, berdepan tuduhan jenayah tidak masuk akal apabila didakwa memiliki walkie-talkies tidak berlesen.

Penyokong Suu Kyi mengadakan bantahan di Mandalay, Myanmar, kelmarin. – Foto EPA
Penyokong Suu Kyi mengadakan bantahan di Mandalay, Myanmar, kelmarin. – Foto EPA
Selain itu, dia didakwa kerana melanggar undang-undang komunikasi di samping melanggar peraturan pencegahan COVID-19 apabila berkempen ketika pilihan raya tahun lalu.

Beliau kini turut didakwa atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu memiliki walkie-talkies tidak berlesen dan cuba menyemarakkan huru-hara, kata peguamnya, Khin Maung Zaw.

“Kita tidak tahu berapa lagi pertuduhan yang akan dikenakan terhadap Suu Kyi dalam tempoh ini,” katanya.

Pada 1 Februari lalu, tentera Myanmar merampas kuasa selepas menahan Suu Kyi yang juga Kaunselor Negara dan Presiden Maynmar Win Myint.

Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November tahun lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Susulan itu, demonstrasi besar-besaran diadakan di Myanmar sebagai membantah rampasan kuasa berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat