Antara Dua Darjat : Cuma Timbalan Menteri Layak Jadi Ibu Bapa Bertanggungjawab?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya cuti 55 hari yang diambil Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara terus menjadi ‘bahan’ kecaman.

Hari ini ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mempersoalkan adakah timbalan menteri sahaja layak jadi ibu bapa bertanggungjawab, rakyat biasa tidak?

“Apakah jawatan Timbalan Menteri Wilayah tidak penting? Makin berleluasa amalan dua darjat di negara kita.

“Apakah rakyat biasa yang dilarang melakukan rentas daerah atau negeri untuk melawat keluarga mereka dianggap ibu bapa tidak bertanggungjawab? Mereka bukan mohon rentas negara.

“Seorang YB perlu kerap berada di kawasan. Apatah lagi dimusim pandemik dan musim banjir. Segamat pun tidak kurang terkesan. Cuti dua minggu tidak cukup ke? Soal beliau.

Puad memberitahu, zaman Barisan Nasional (BN), cuti Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan di musim banjir.

Malah katanya, Datuk Seri Najib Razak pernah batalkan percutiannya dan terus ke Kelantan yang dilanda banjir besar tahun 2014.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara, menjelaskan keberadaannya di luar negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dalam tempoh cuti yang diluluskan, selain mematuhi mematuhi prosedur Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam satu kenyataan, beliau menyatakan memohon cuti selama 55 hari bekerja yang disokong oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pada 10 Disember 2020 dan diluluskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 18 Disember 2020.

Permohonan cuti itu berdasarkan kelayakan Cuti Rehat seperti ditetapkan dalam peraturan pelantikan beliau sebagai timbalan menteri, selain kelayakan Cuti Tanpa Gaji bagi cuti yang melebihi kelayakan Cuti Rehat.
“Tujuan saya ke luar negara ialah bagi melawat anak-anak di New Zealand, khususnya anak saya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

“Selain itu, sebagai bapa yang bertanggungjawab, saya perlu bertemu dengan dengan anak yang berusia sembilan tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang cuti rehat itu setelah hampir setahun tidak berjumpa,” katanya yang turut memaklumkan perlu melawat isteri yang mengalami masalah kesihatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat