Unit Berkuda FRU Kawal Sempadan Kelantan-Thai Bermula Mac

- Advertisement -

PASIR MAS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan tinjauan lokasi di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand sebagai persiapan untuk menempatkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dijangka bermula pada Mac nanti.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali, berkata tinjauan dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti bentuk muka bumi, pangkalan haram serta kawasan tumpuan penyeludup selain memastikan lokasi sesuai untuk menempatkan kesemua kuda yang bakal ditugaskan nanti.

“Kita yakin dengan adanya bantuan daripada Unit Berkuda FRU ini mampu meningkatkan lagi kawalan di sepanjang Sungai Golok serta keberkesanan dalam menangani kes penyeludupan yang sering berlaku.

“Bilangan kuda serta anggota yang terbabit dalam unit itu akan diputuskan sebaik tinjauan selesai dijalankan.

“Kita menempatkan sembilan kuda di Kedah dan Perlis sebelum ini, jadi di Kelantan bergantung kepada luas kawasan yang terbabit.

“Daripada tenaga anggota dan kemahiran sudah sedia ada, yang mana mereka bersiap siaga untuk turun padang membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi keselamatan lain dalam menjaga sempadan negara,” katanya selepas menghadiri Program Tangan Bersalaman di Dewan Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.

Program Tangan Bersalaman adalah inisiatif pihak polis dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan selain meringankan beban mangsa yang ditimpa bencana alam.

Dalam perkembangan lain, Hazani turut memberi amaran kepada golongan tidak bertanggungjawab yang aktif sebagai tekong membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana tindakan tegas akan diambil jika masih berdegil menjalankan kegiatan berkenaan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat